Monday, January 31, 2011

Sammbungan Mengenai Penyakit Pasang Angin

Salam,

Kita sambung lagi pasal penyakit pasang angin. So emak yang setia pun menyediakan ramuan itu. Saya tengok agak lama juga emak menyediakan ramuan itu. Adalah lebih kurang setengah jam. Sambil menyediakan ramuan emak tak berenti mengomel.

Saya faham perasaan emak masa tu..Bila ramuan dah tersedia ayah pun mula menjalankan tugas mengurutnya. Mula-mula pesakit dikehendaki memakai kain pelikat sambil duduk mengangkang macam pompuan nak beranak. Lepas itu ayah memasangkan kipas (switch on) dan menghalakan angin kipas ke dalam kain pesakit. Ayah kata dia berbuat begitu kerana anu merasa panas akibat ramuan yang mengandungi minyak tanah dan bawang putih. Sambil mengurut kedengaran pesakit mengerang...agaknya ramuan itu terkena kepala anunya !!! Saya berasa simpati kepada pesakit yang mengerang kesakitan. Tapi apa yang boleh saya lakukan...Walaupun saya kesian tapi saya tersenyum bermakna juga! Pesakit ayah terdiri daripada pelbagai golongan usia dari orang tua hingga kanak-kanak. Saya lihat ayah sangat specialist dalam merawat penyakit yang dialami kanak-kanak. Saya pelik, bayi yang menangis akan berhenti menangis bila didukung ayah...ayah tak sempat baca apa-apa pun bayi dah berhenti menangis..Itu semua kurniaan tuhan.

Ok, nanti saya sambung lagi cerita ni ye...Cerita seterusnya akan menceritakan di mana orang yang pakar dalam bidang penyakit pasang angin ini boleh di dapati untuk mendapatkan khidmatnya. Wassalam

No comments:

Post a Comment