Thursday, January 27, 2011

PENGALAMAN LALU

Saya berkhawin semasa umur 28 tahun. Saya pernah berpengalaman anak menangis berpanjangan. Sebagai pasangan yang baru berumahtangga, kami berasa panik juga bila anak sulung kami mendapat sawan tangis iaitu tangisan yang berpanjangan. Sebagai orang Islam kami berikhtiar dengan bermacam cara. Ada masanya anak kami akan berhenti menangis setelah dibawa berjumpa doktor. Fahamlah kami kedudukan sebenar bahawa penyakit yang dideritai anak kami ada kaitan penyakit biasa seperti tersalah makan, kembung perut atau sembelit. Ada masa pula setelah dibaca dengan ayat-ayat suci anak kami berhenti menangis. Maka kami membuat kesimpulan bahawa ia ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Mengikut kepercayaan orang-orang tua kita ia diistilahkan sebagai "keteguran". Keteguran terjadi apabila bayi itu dibawa melalui tempat-tempat dan masa yang dianggap "keras" seperti ditepi hutan, melalui kawasan kuil atau berjalan/bersiar terutamanya di waktu senja. Di masa ini syaitan sedang banyak berkeliaran dan akan mengganggu bayi tersebut. Tindakan yang selamat ialah jangan pergi ketempat-tempat tersebut bersama bayi kita terutamanya di waktu senja.

Dari pengalaman saya, keberkesanan sesuatu bacaan ayat suci terhadap bayi yang menangis berpanjangan
bergantung kepada kesungguhan dan istiqamah si pengamal. Bacaan si pengamal yang mempunyai kualiti begini amat memberi kesan kepada bayi yang sedang menangis. Sebaliknya apabila sipembaca yang tidak mempunyai kualiti seperti di atas ia tidak memberi kesan kepada bayi yang sedang menangis itu. Saya sedar, bukan semua orang diberi taufik mempunyai kualiti kesungguhan dan istiqamah untuk beramal dengan ayat-ayat suci. Lantaran itu minyak Jabat as-Syifa' adalah berperanan sebagai bantu mula (first aid) apabila berhadapan kes-kes misteri ini. Jika penyakit masih berterusan, adalah dinasihatkan untuk bertemu dengan mereka yang arif di dalam perubatan Islam.

* Rencana akan datang...akan menceritakan serba sedikit mengenai minyak "Jabat as-Syifak"

No comments:

Post a Comment